Ahad, 8 September 2013

PEMIMPIN ISLAM CONTOH MASA HADAPAN



Inilah dia, Dr Mohamaed Mursi Al-Hafiz. Beliau merupakan seorang pemimpin, pensyarah, saintis dan ketua keluarga yang berdedikasi. Kepimpinan beliau dicemburui sehinggakan beliau telah di gulingkan oleh pihak ketenteraan yang diketuai oleh Jeneral Abdel Fattah Al-Sissi yang disokong pihak Zionis.

Ahad, 28 Julai 2013

AKU DAN DIA

hari ni nasib xbrpe nak baek...mungkin aku silap percaturan

Selasa, 29 November 2011

MiG-21 Pemintas Generasi ke-2

  • MiG-21 atau nama pengenalan Nato "Fishbed" merupakan sebuah pesawat pejuang berkelajuan supersonik yang direka oleh Biro Rekabentuk Mikoyan-Gurevich dari Kesatuan Soviet. Pesawat ini merupakan salah satu pesawat yang paling banyak dikeluarkan diantara tahun 1960an sehingga 1970an.
  • MiG-21 telah digunakan di 50 buah negara-negara membangun. Pesawat ini merupakan pesawat penyerang, pemintas serta boleh diupayakan sebagai pesawat pemantau. 
  • Selepas separuh abad selepas penerbangan sulungnya, MiG-21 masih digunakan sehingga kini. Pesawat ini memegang beberapa rekod penerbangan, antaranya pesawat jet supersonik paling banyak dikeluarkan, pesawat pejuang paling banyak dikeluarkan selepas Perang Korea, dan pesawat pejuang paling lama dikeluarkan. 
  • Indonesia pernah memiliki skuadron MiG-21 sebanyak 22 buah iaitu 20 versi MIG21F-13 dan 2 buah versi MIG-21U yang diterima pada tahun 1962 bagi menghadapi Operasi Trikora semasa konflik Western New Guinea serta Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, menjelang akhir 1960an, Indonesia telah menghentikan penggunaan pesawat ini selepas kejatuhan rejim Sukarno.


MiG-29N TUDM sepintas lalu

  • Ekoran keengganan pihak Amerika Syarikat menjual sebahagian senjata-senjata moden seperti peluru berpandu, Malaysia mula mengorak langkah mencari sumber untuk membeli senjata dari negara lain selain Amerika Syarikat.
  • Tahun 1995 menyaksikan TUDM mencipta sejarah baru dalam perolehan aset pertahanan negara. Tahun tersebut TUDM telah bersetuju untuk memperolehi sejumlah 18 unit pesawat Pemintas MiG-29 dari Russia. Perolehan ini dianggap sebagai titik tolak penerimaan Malaysia ke atas negara-negara bekas Kesatuan Soviet secara amnya.
  • Perolehan MiG-29 atau lebih tepat MiG-29N (N untuk versi Malaysia) merupakan satu protes kepada keengganan negara sumber sebelumnya yakni Amerika Syarikat dan barat membenarkan Malaysia memperolehi teknologi terkini pertahanan khususnya misil jarak sederhana AIM-120. Selain itu, kehadiran MiG-29N turut membawa bersama teknologi terkini blok timur dengan tawaran pembelian misil terkini seperti R-77 dan Kh-51.
  • MiG-29N merupakan nama yang diberikan kepada versi khusus untuk Malaysia dan telah melalui beberapa naiktaraf dan pengubahsuaian agar selari dengan kehendak operasi TUDM. MiG-29N dinaiktaraf dari model MiG-29SE atau lebih tepat MiG-29SE versi 9.13. Menggunakan kerangka dari pesawat asas MiG-29B tanpa bonjol (without fatback), MiG-29N dinaiktaraf berasakan kehendak TUDM.
  • Sistem radar N019ME dilengkapkan dengan sistem perisian misil dan kelengkapan bagi penggunaan misil R-73E & R-77AE. Sistem Avionik dengan peningkatan litar elektronik, sistem kawalan persekitaran dan sistem gangguan aktif (jammer) yang dipadan terus dengan sistem penerima amaran radar (RWR). Sistem pengenalan rakan-musuh (IFF) dan komunikasi buatan negara barat. Penambahan tangki bahan api dalaman dan muncung pengisian bahan api (ketika penerbangan). Integrasi sistem pensasar kesan haba (IRTS) dengan sistem radar dan kawalan persenjataan. Naiktaraf ini menjadikan MiG-29N antara versi terbaik di dunia (bagi aset diluar Russia) pada masa itu. Sungguhpun begitu, beberapa ciri-ciri asal dikekalkan seperti enjin RD-33, kerusi K-36DM serta bubble-canopy.