- MiG-21 atau nama pengenalan Nato "Fishbed" merupakan sebuah pesawat pejuang berkelajuan supersonik yang direka oleh Biro Rekabentuk Mikoyan-Gurevich dari Kesatuan Soviet. Pesawat ini merupakan salah satu pesawat yang paling banyak dikeluarkan diantara tahun 1960an sehingga 1970an.
- MiG-21 telah digunakan di 50 buah negara-negara membangun. Pesawat ini merupakan pesawat penyerang, pemintas serta boleh diupayakan sebagai pesawat pemantau.
- Selepas separuh abad selepas penerbangan sulungnya, MiG-21 masih digunakan sehingga kini. Pesawat ini memegang beberapa rekod penerbangan, antaranya pesawat jet supersonik paling banyak dikeluarkan, pesawat pejuang paling banyak dikeluarkan selepas Perang Korea, dan pesawat pejuang paling lama dikeluarkan.
- Indonesia pernah memiliki skuadron MiG-21 sebanyak 22 buah iaitu 20 versi MIG21F-13 dan 2 buah versi MIG-21U yang diterima pada tahun 1962 bagi menghadapi Operasi Trikora semasa konflik Western New Guinea serta Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, menjelang akhir 1960an, Indonesia telah menghentikan penggunaan pesawat ini selepas kejatuhan rejim Sukarno.
Selasa, 29 November 2011
MiG-21 Pemintas Generasi ke-2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan